Feeds RSS
Feeds RSS

Monday 28 January 2013


                                 SELAMAT DATANG KE 
                        FUN KIDS KINDERGARTEN



PROGRAM: DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SUBJEK: APLIKASI ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (KAD1013)


PENSYARAH:
MADAM SEAH SIOK PEH



AHLI KUMPULAN:
 

 

 

 





                                                     


  






Sunday 27 January 2013

Fun Kids Kindergarten


OBJEKTIF PENUBUHAN TADIKA

>Melahirkan kanak-kanak yang menguasai kemahiran 4m(membaca,menulis,mengira dan menaakul)

>Membentuk perkembangan mental dan intelektual kanak-kanak.

>Melahirkan kanak-kanak yang mampu berdikari, kreatif dan inovatif.

>Membentuk kanak-kanak yang berkeyakinan dan berketrampilan.

>Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas.

>Mempunyai konsep kendiri yang positif.

>Mampu berkomunikasi dengan baik.


LATAR BELAKANG TADIKA

Nama Tadika
          Nama tadika yang ingin kami tubuhkan ialah Fun Kids Kindergarten. Kami memilih nama ini sebagai nama tadika kami kerana selaras dengan moto tadika kami iaitu dalam memberikan peluang kepada kanak-kanak meneroka dan belajar sambil bermain.

Moto Tadika
          Moto tadika Fun Kids Kindergarten ini ialah kreatif, inovatif dan dinamik.(KID).

Misi Tadika
          Misi tadika ini ialah melahirkan kanak-kanak yang mampu berdaya saing dalam arus pendidikan semasa serta mewujudkan modal insan yang seimbang berdasarkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Visi tadika
       Visi tadika ini pula ialah mewujudkan budaya dan suasana pembelajaran yang berterusan di samping memperkembangkan potensi, minat serta kemahiran individu.

Matlamat Tadika
·         Memperkembangkan potensi individu kanak-kanak melalui tunjang dalam kurikulum  standard prasekolah kebangsaan (KSPK).
·          Membentuk tahap perkembangan individu secara menyeluruh iaitu berdasarkan aspek intelektual, fizikal dan emosi.
·         Memfokuskan kepada tahap penguasaan kemahiran 4m iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.
·         Melahirkan kanak-kanak yang boleh berdikari, bertanggungjawab, kreatif dan inovatif serta mempunyai perwatakan dan konsep kendiri yang positif.

Lagu tadika



Fun Kids Kindergarten,
Fun Kids Kindergarten,
Tempat Menuntut Ilmu,
Tadikaku Cinta, Pendidik Bermutu.
Tadika Kebanggaan Kami,
Mengajar, Mendidik Dan Membimbing Kami,
Menjadi Insan Yang Berkualiti,
Kreatif, Inovatif, Dinamik,
Motivasi Kami Semua,
Menyahut Falsafah Pendidikan Negara,
Demi Kejayaan Kami Semua.

 













         



LOGO TADIKA



  • Gambar kanak-kanak menunjukkan tadika kami sentiasa memastikan kanak-kanak gembira dan seronok.


  •  Bintang pula menunjukkan bahawa kami bakal melahirkan pelajar yang mempunyai masa depan.


  • Bola yang dilambung kanak-kanak menggambarkan tadika kami menggalakkan kanak-kanak belajar sambil bermain.


  • Fun Kids Kindergarten pula merupakan nama tadika kami.






UNIRFORM KANAK-KANAK TADIKA







LOKASI TADIKA DAN KEMUDAHAN INFRANSTRUKTUR

    ·         Ditubuhkan di sebuah kawasan taman perumahan yang berhampiran dengan Bandar Rawang.
     ·         Lokasi yang agak strategik dan mudah untuk dikunjungi ini terletak berhampiran dengan balai polis, balai bomba, klinik kesihatan, pusat bandar, pasar basah, sekolah, dan terutamanya kawasan perumahan.
        ·         Tadika ini beroperasi selama 5 jam setiap hari di sebuah rumah teres dua tingkat yang beralamat No 8, Jalan 12, Taman Perdana, 48000 Rawang Selangor.

PELAN DALAMAN TADIKA

PELAN KESELAMATAN TADIKA



    ·         Aspek keselamatan ini boleh dibahagikan kepada beberapa aspek utama iaitu aspek bangunan, perabot dan peralatan, bahan bantu mengajarserta jalan raya dan lalu lintas.


KURIKULUM DAN PROGRAM PENGAJARAN DI TADIKA
         
     ·         Bertema
    ·         Adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru di tadika bagi menyusunkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak.
    ·         Pendekatan ini dapat membawa faedah kepada kedua-dua iaitu guru mahupun kanak-kanak.
    ·         Hal ini kerana, pendekatan bertema ini merupakan pendekatan yang menyeluruh dan dapat merangkumi semua aspek komponen pembelajaran yang luas.
    ·         Antaranya termasuklah komponen komunikasi dan bahasa, kognitif, pendidikan agama dan kerohanian, sosioemosi, kreativiti dan ketatanegaraan.


Brosur Tadika





YURAN-YURAN FUN KIDS KINDERGARTEN


YURAN : RM150

MODAL PERMULAAN : RM 20 000

YURAN PENDAFTARAN : RM 100

YURAN BULANAN : RM  150

BAYARAN BUKU KERJA : RM 80

ALAT TULIS : RM 50

BAYARAN UNIFORM : RM80


BORANG PENDAFTARAN