Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday 27 January 2013

Waktu operasi, Aspek-aspek di tadika, Menu makanan & Rancangan Pemasaran tadika, Gambar Persekitaran Fun kids Kindergarten

Waktu operasi
     ·         5 jam bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
     ·    Ibu bapa atau penjaga digalakkan untuk menghantar mereka pada jam 7.45 pagi bagi memudahkan pembantu mengawal kanak-kanak dan bersedia untuk sesi pembelajaran pada setiap hari.

Buku khas aktiviti tadika

      ·         Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, modul bertema sains dan matematik serta buku panduan kerohanian dan nilai-nilai murni.
      ·         Bagi kanak-kanak yang berusia 4 tahun, tadika menyediakan set buku khas yang berbentuk gambarajah. Hal ini kerana, sesetengah daripada mereka masih belum tahu menulis dan membaca.

Aspek pemakanan

                        i.   Memberikan pelbagai jenis makanan yang sihat dan berkhasiat melalui kombinasi yang bersesuaian berdasarkan  piramid makanan.
                        ii.    Menggalakkan pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan vitamin dan mineral.
                        iii.        Memberikan ikan, daging tanpa lemak, ayam, telur, kekacang dan berasaskan kekacang untuk protein.
                        iv.        Memberikan susu, produk tenusu dan lain-lain makanan yang kaya dengan kalsium setiap hari.
                        v.        Berikan daging tanpa lemak, ayam, ikan, sayur-sayuran dan makanan lain yang kaya dengan zat besi setiap hari untuk mencegah kekurangan zat besi.
                        vi.        Lemak adalah penting tetapi pemberian secara berlebihan patut dielakkan.  
                        vii.        Hadkan gula-gula, makanan manis dan minuman bergula dan kurangkan pengambilan garam.
          viii.        Jika snek diperlukan, pilih makanan yang berkhasiat dalam jumlah yang kecil dan berikan pada masa yang sesuai.
                       ix.        Sediakan makanan yang bersih dan selamat untuk dimakan.



MENU MAKAN UNTUK SEBULAN



MINGGU PERTAMA



ISNIN


SELASA


RABU


KHAMIS


JUMAAT

MINUM PAGI
( .00 PAGI )

Biskut
 Milo

Roti bakar
Teh o

Kuih
horlick
                                  Bubur bilis
Teh o


Bijirin
 susu

MAKAN TENGAHARI
(10.30 TENGAHARI )



Nasi ayam
Air oren
Agar-agar

bihun goreng
Air sirap


Laksa
air barli
dadih

Mee hailam
Air cincau
Pudding roti

Nasi lemak
Air teh o ais



MINGGU KEDUA




ISNIN


SELASA


RABU


KHAMIS


JUMAAT

MINUM PAGI
( 8.00 PAGI )

Nugget
horlick


jemput bilis
 teh o

Nestum
susu

Roti + jem
milo

Bubur kacang
Teh o


MAKAN TENGAHARI
( 10.30 TENGAHARI )

Spaghetti
Air cincau


Nasi goreng
Air teh o ais
Agar-agar

Bihun sup
Air sirap
Puding roti

Nasi minyak
Air oren


Mee goreng
Air barli
Buah pisang


  
MINGGU KETIGA




ISNIN


SELASA


RABU


KHAMIS


JUMAAT

MINUM PAGI
( 8.00 PAGI )

Pau kacang
horlick

Kuew tiaw goreng
Teh o

Bijirin
milo

Kuih
Teeh o

Roti + jem
milo

MAKAN TENGAHARI
( 10.30 TENGAHARI )



Nasi lemak
Air teh o ais
Agar-agar

Bubur sayur
Air susu


Mee kari
Air sirap
Dadih

Bihun tomyam
Air barli
Pudding roti

Bakso
Air laici



MINGGU KEEMPAT



ISNIN


SELASA


RABU


KHAMIS


JUMAAT

MINUM PAGI
( 8.00 PAGI )

Bubur ayam
Teh o

Roti bakar
Susu

Roti canai
Teh o

Kuih
susu

Biskut
milo

MAKAN TENGAHARI
( 10.30 TENGAHARI )



Bihun goreng
Air cincau


Spaghetti
Air limau
Buah pisang

Mee rebus
Air  teh o ais
Agar-agar

Nasi campur
Air oren

Nasi gereng
Air barli
Buah epal






    

Aspek kebersihan

      ·         Menyediakan pada setiap ruang, sudut dan kelas di tadika kami dengan sebuah bakul sampah.
      ·         Manakala, di bahagian dapur pula, kami menyediakan dua buah tong sampah besar untuk kegunaan pembantu.
     ·          Pihak kami juga telah membuat soal sekidik tentang jadual lori sampah mengutip sampah di kawasan perumahan ini.
     ·         Hal ini akan memudahkan lagi pihak kami untuk mengumpul sampah dan membiarkan pemungut sampah mengutip sampah kami.
     ·         Berdasarkan aspek kebersihan juga, tadika kami membuat keputusan untuk menggunakan pekerja yang ada sahaja.
     ·          Memandangkan pembantu am di tadika ini hanyalah seorang iaitu tukang masak, jadi semua kerja-kerja pembersihan juga akan dilakukan olehnya.
     ·          Pembantu guru, guru, pembantu pengurus, malah pengusaha sendiri akan turut membantu dalam aspek kebersihan ini.
     ·         Kami akan bersama-sama menyelenggara dan membersihkan bangunan ini.
     ·         Gotong-royong akan turut diadakan secara berkala untuk membersihkan kawasan tadika dan menyediakan bahan bantu mengajar untuk aktiviti pengajaran serta pembelajaran.
     ·         Aktiviti gotong-royong bersama ibu bapa juga bertujuan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara kakitangan tadika dan para ibu bapa.

Aspek keselamatan

     ·         Aspek keselamatan juga merupakan salah satu aspek terpenting yang tidak boleh dipandang enteng oleh pihak tadika.
     ·         Hal ini kerana, setiap sudut, ruang yang terdapat di tadika memerlukan jaminan keselamatan yang mampu mempengaruhi banyak pihak.
     ·          Antara aspek keselamatan ini termasuklah menyedari dan mengenali perlakuan atau tindakan yang dapat menyebabkan kemalangan dan bahaya, mengetahui dan menghindari tempat berbahaya dan mengamalkan langkah keselamatan diri dan orang lain.

Aspek kesihatan

      ·         Mengetahui tentang pentingnya menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian.
      ·         Memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan.
      ·         Mengetahui makanan seimbang serta tabiat makan yang baik untuk kesihatan.
      ·         Mengamalkan pergerakan yang betul untuk postur badan yang baik.
      ·     Berlari atau menghayunkan badan, berjalan mengikut muzik dan berhenti apabila muzik  diberhentikan.

RANCANGAN PENTADBIRAN  TADIKA

Latar belakang premis
Nama tadika                        :  Fun Kids Kindergarten
Alamat tadika                      :  No 8, jalan 12, Taman Seri Perdana, 48000
                                     Rawang, Selangor Darul Ehsan
Alamat Surat-Menyurat       :  No 8, jalan 12, Taman Seri Perdana, 48000
                                     Rawang, Selangor Darul Ehsan
No. Telefon                         :  03-4380566
Bentuk Perniagaan                :  Perkongsian.

RANCANGAN PEMASARAN TADIKA

Pengenalan
      ·         Tadika kami iaitu Fun Kids Kindergarten merupakan sebuah tadika yang akan ditubuhkan.
      ·         Tadika kami ini menyediakan perkhidmatan didikan dan bimbingan kepada kanak-kanak dalam merealisasikan matlamat tadika ini serta tujuan ibu bapa menghantar anak mereka ke tadika ini. 
      ·         Antara faktor yang membawa kepada penubuhan tadika ini ialah memenuhi permintaan negara terhadap kanak-kanak yang berkualiti untuk menjadi pembangun Negara pada masa hadapan.
      ·         Oleh itu, penubuhan tadika ini merupakan satu proses untuk menyahut seruan Negara dalam melahirkan generasi yang bijak pandai.

Sasaran pasaran
     ·         Kami mensasarkan tadika Fun Kid Kidergarten  ini kepada semua ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun yang tinggal di kawasan berhampiran dan perumahan di sekitar kawasan.

Saiz pasaran
      ·         Sebelum kami ingin menubuhkan tadika ini, kami telah pun membuat sedikit soal selidik tentang ekonomi penduduk yang tinggal di kawasan ini.
      ·         Sebagai hasilnya, kami mendapati bahawa hampir 40 peratus daripada penduduk di kawasan ini yang mempunyai ekonomi yang kukuh atau kelas pertama, 40 peratus penduduk yang mempunyai ekonomi yang stabil atau kelas kedua dan hampir 20 peratus penduduk yang mempunyai ekonomi kelas ketiga.

Strategi pemasaran
      ·         Tadika kami ini merupakan tadika yang baru sahaja ditubuhkan.
      ·         Oleh itu, beberapa strategi perlulah dirancang bagi memastikan tadika ini boleh berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Kain rentang/ banner
      ·         Salah satu kaedah pemasaran yang akankami gunakan ialah dengan menggunakan kain rentang.
      ·         Pada kain rentang ini kami mempromosi tadika Fun Kids Kindergarten di mana kami menyediakan perkhidmatan pembelajaran dengan menggunakan LCD dan menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk kedua ibu bapa dan terapi untuk kanak-kanak.
      ·         Selain itu, kami akan menyatakan juga tarikh pembukaan, pendaftaran, alamat, objektif dan matlamat tadika kami. Kain rentang yang digunakan akan digantungkan pada 2 tempat iaitu di ruang pemasaran kawasan perumahan yang telah disediakan dan di hadapan tadika kami sendiri.


GAMBAR PERSEKITARAN FUN KIDS KINDERGARTEN













































1 comment:

  1. Даровола Сакта плоство плоство кокинца. полакта плоство плоство плоство козый мокени облатия и в солови
    Оайвием Роский: от вола titanium wood stove мокени от titanium nipple bars вола мокении trekz titanium headphones от used ford edge titanium вола ford fusion hybrid titanium солови солови со�

    ReplyDelete